1. SAPU PELEMBAP DENGAN SPF

Yang ini memang saya letak No 1 sebab ‘hydration is the key to healthy and glowing skin!’ Tak kira anda travel pada musim apa sekalipun, pelembap adalah antara barang wajib kena masuk dalam beg.

Semasa musim sejuk, kulit akan menjadi lebih kering dari biasa. Suhu yang terlampau sejuk ditambah dengan angin yang kering juga akan menyebabkan kita terlupa nak minum air, ini akan menambahkan lagi tahap kekeringan kulit.

Bukan sahaja kulit muka, tapi juga kulit di seluruh badan.

Jadi kalau tak nak kulit kering, sapu pelembap banyak-banyak dan sekerap yang boleh.
Bawa 2 jenis.
Satu untuk kegunaan badan.
Satu lagi untuk muka.

Kebiasaannya, apabila travel ke negara 4 musim ni, pelembap muka yang anda sedia pakai di Malaysia mungkin sudah agak tidak efektif. Katakan pelembap kulit anda selama ini adalah dari jenis lotion atau gel (lightweight)

Namun, apabila kulit mengalami perubahan musim dan cuaca sejuk,formulasi pelembap dalam bentuk lotion atau gel sudah tidak dapat membekalkan hidrasi dan lembapan yang secukupnya pada kulit anda. Kulit anda mungkin perlu menggunakan pelembap dari jenis krim yang mempunyai tekstur yang lebih pekat dan mengandungi kandungan emollient/hydrator yang lebih tinggi (heavyweight).

Pastikan pelembap anda juga mengandungi ciri-ciri SPF.
Walaupun musim sejuk, matahari tetap tidak lupa memancarkan sinarnya dan menyapa manja kulit anda yang mulus itu.
Sedar-sedar je nanti..eh dah sunburn pulak.
Justeru; pastikan kedua-dua pelembap untuk muka dan badan mempunyai ciri-ciri perlindungan matahari ya.

2. SEMBUR FACE MIST

Untuk menyegarkan semula kulit semasa travel, saya gemar menggunakan facial mist. Jika kulit terasa seperti kering saja, segera semburkan face mist ke seluruh wajah untuk menambah lembapan. Kulit akan terasa segar kembali serta-merta.

FAKTA KULIT

Terdapat lebih 3000 masalah kulit yang dikesan oleh pakar dermatologi di mana ia memberi kesan pada penampilan dan keyakinan diri seseorang.

pic sidebar

Kami tidak mengajar orang membuat duit.
Tapi kami mengajar orang membuat bisnes!
#LEGASIANNONA

Jom Follow Puan Onynurhusni

Leave a Reply

Your email address will not be published.