Skip to content
Puan Nurhusni bt Datuk Mahad Nor, CEO MOS Nutraceutical Sdn Bhd, ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi dari Universiti Sains Malaysia.
 
Beliau merupakan seorang Ahli Farmasi bertauliah yang mempunyai pengalaman lebih dari 14 tahun di dalam bidang Farmasi Sri Penanti yang terletak di Penanti, Pulau Pinang.
 
Sehingga kini, beliau dan suami berjaya menubuhkan dua anak syarikat di bawah MOS Nutraceutical Sdn Bhd.
Bersandarkan pada pengalaman dalam bidang ubat ubatan, beliau mengusahakan produk kesihatan dan kecantikan di bawah jenama Annona.
 
Kerjaya sebagai Ahli Farmasi turut membawa beliau bertemu pelanggan dengan pelbagai masalah kulit setiap hari termasuklah mangsa kosmetik merkuri serta obsess terhadap suntikan Vitamin C sehingga membawa kepada kemudaratan.
 
Bertitik tolak daripada situ, akhirnya memberi inspirasi kepada beliau untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang bebas bahan kimia merbahaya, halal dan berkualiti di bawah jenama Vitamin C Series by Annona.
 
Di media sosial beliau, Puan Nurhusni sentiasa bersemangat dalam berkongsi ilmu merawat kulit dengan betul dan selamat kerana menyedari masih ramai yang perlu diberikan pendedahan akan ilmu penjagaan kulit selain produk-produk yang sesuai digunakan untuk kulit. Usaha itu mendatangkan hasil apabila Ony Norhusni dianugerahka sebagai Ikon Kosmetik Kedah 2018 oleh kerajaan negeri Kedah.

FAKTA KULIT

Terdapat lebih 3000 masalah kulit yang dikesan oleh pakar dermatologi di mana ia memberi kesan pada penampilan dan keyakinan diri seseorang.

pic sidebar

Kami tidak mengajar orang membuat duit.
Tapi kami mengajar orang membuat bisnes!
#LEGASIANNONA

Jom Follow Puan Onynurhusni

© 2018 OnyNurhusni Hak Cipta Terpelihara