17 TIP BISNES UNTUK DROPSHIP

Walaupun bermula sebagai Dropship, tak mustahil satu hari nanti bisnes yang kecil itu boleh berkembang sehingga menjadi LEGASI.

  1. Kumpul ilmu dan database anda dari sekarang.
  2. Jika jual produk kesihatan/kecantikan, pastikan ia memenuhi ciri keselamatan dan spesifikasi KKM supaya anda tak ada masalah di kemudian hari.
  3. Jual produk yang high demand, repeat sales yang tinggi, serta profil syarikat yang dipercayai .
  4. Buang ego dan belajar cara marketing dari Leader walaupun Leader anda lebih muda usianya.
  5. Bila dah mula bisnes, ini bukan masa untuk main-main lagi dah. Atau saja-saja nak isi masa lapang kat rumah sambil jaga anak. Fokuslah untuk jadi seller yangterbaikwalaupun baru Dropship.
  6. Wajib letak target bila waktunya mesti nak upgrade diri dari dropship ke level Agen, RaNia dan Master RaNia. Takkan selamanya nak kekal sebagai Dropship.
  7. Walaupun baru dropship, mula cari prospek dropship anda sendiri. Siapa prospek dropship kita? Pelanggan yang dah berulang-kali membeli dari kita lah..
  8. Pasang banyak kolam.
    Kolam Online : Facebook Page, Kedai Insta, Marketplace Shopee/Lazada.
    Kolam Offline : Vendor butik yang top dan famous di wilayah sendiri, open table kat pameran/seminar/pasar, join festival yang kecil-kecilan dulu dan berbaloi yurannya.
  9. Uplod posting secara berstrategi dan berjadual.
  10. Pastikan ada engagement pada posting supaya anda tak syok sendiri. Nak ada engagement, kita yang kena mulakan dulu dengan melawat dan singgah di posting rakan-rakan kita.
  11. Dari semasa ke semasa, upgradelah ilmu. Buang alasan tak ada masa. Peruntukkan masa dan wang untuk upgrade ilmu. Upgrade ilmu bermakna anda automatik upgrade self-value anda.
  12. Simpan database customer dengan baik. Save semua nama, email dan nombor telefon dalam sistem berasingan supaya mudah carian dibuat nanti bila nak blast promosi.
  13. Broadcast whatsapp untuk berikan tips dan sharing info pada prospek/pelanggan secara berjadual.
  14. Bila dah rajin bagi info, tak lah rasa kekok untuk follow up bagitau promosi terkini.
  15. Walaupun masih Dropship, MINDSET mesti lebih besar dari Dropship. Barulah bisnes pun akan jadi lebih besar.
  16. Kembangkan network dengan membanyakkan pergaulan/silaturrahim dengan orang-orang yang dah berjaya. Atau dengan bekas dropship yang dah naik level jadi stokis/RaNia. Follow apa yang orang berjaya ini dah buat, maka anda pun akan terpaksa berjaya.
  17. Upgrade level anda sehingga ke Master RaNia.

🎯InsyaAllah.. bersedialah untuk mempunyai HQ anda sendiri. Kerana anda dah berjaya membuktikan bisnes kecil-kecilan dari rumah itu boleh menjadi sebuah LEGASI!

🎯Jangan lupa share untuk manfaat kawan-kawan anda yang sedang berbisnes sebagai Dropship yea. Moga ada kebaikan.

ALL THE BEST semua !

#LEGASIANNONA
#OpenForDropship

FAKTA KULIT

Terdapat lebih 3000 masalah kulit yang dikesan oleh pakar dermatologi di mana ia memberi kesan pada penampilan dan keyakinan diri seseorang.

pic sidebar

Kami tidak mengajar orang membuat duit.
Tapi kami mengajar orang membuat bisnes!
#LEGASIANNONA

Jom Follow Puan Onynurhusni

Leave a Reply

Your email address will not be published.