Ini lah kisah yang terjadi 3 tahun lepas sebelum Vitamin C Serum Annona dikeluarkan.

[Kes pelanggan]

1. Beli produk suntikan Vitamin C secara online. Beliau belum lagi ambil suntikan, katanya baru saja cuba-cuba sapu cecair itu di tangan.

2. Apabila bangun keesokan pagi, beliau mengadu tangan dan kawasan lain di badan yang beliau sapu cecair itu, menjadi kemerahan, gatal dan meninggalkan kesan bintik-bintik pada kulit.

3. Lalu datang bertemu saya di farmasi sebab panik dan nak cari ubat untuk hilangkan gatal dan kemerahan pada kulit beliau.

4. Saya pun belek kotak produk tersebut.
Depan belakang. Kotak yang berwarna hijau itu tiada satu maklumat pun yang saya faham.Ia ditulis di dalam bahasa asing dan sangat mengelirukan. Melainkan perkataan ‘Vitamin C Injection’ saja yang saya boleh baca.

5. Ketika itu saya berasa hairan..bagaimana beliau boleh percaya untuk membeli dan menggunakan produk yang satu apa pun kita tak boleh faham deskripsinya.

6. Tambahan pula, mana-mana produk suntikan Vitamin C tidak boleh dijual secara online kerana ia tidak pernah mendapat kelulusan KKM. Malahan ia juga tidak diindikasikan untuk tujuan kosmetik.

7. Mudarat ambilan suntikan ini ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan boleh membawa kepada kematian. Lihatlah, betapa besar kesan sampingnya dari kesan nak cantik.

8. Mujur pelanggan tersebut bertindak awal dengan menghentikan penggunaan produk tersebut serta-merta.

Saya berkongsi kisah pelanggan tersebut di media sosial dan susulan posting saya itu lah, saya mendapat kecaman hebat oleh mereka yang taksub putih dan taksub suntikan vitamin C. Jujurnya saya tidak tahu bahawa ia sudah dijual secara berleluasa dan saya dikatakan mahu rosakkan periuk nasi orang lain. Huhu.

Niat baik untuk selamatkan nyawa orang disalah ertikan. Habis berbondong-bondong mereka membawa geng dan mengeluarkan kata-kata nista pada saya di posting tersebut..

Murung juga seminggu.

Saya mengambil masa untuk bertenang sehingga keadaan reda. Tiada gunanya nak membalas caci maki mereka kerana kita tidak akan menang berhujah dengan orang begitu.

Teringat ingat balik kisah Nabi masa berdakwah dulu teruk kena caci. Sampai kena baling batu. Nabi tetap bersabar dan teruskan dakwah baginda dengan penuh hikmah. Allah..

Jadi, lama-kelamaan timbul pula rasa kasihan.
Mereka ini kurang ilmu dan pendedahan sebab itulah bertindak hingga sedemikian rupa.

Maka, sejak dari situ lah saya nekad untuk membuat lebih banyak penulisan berbentuk informatif dan didikan. Saya mengambil tanggungjawab dan amanah ini untuk memberi kesedaran kepada awam mengenai penjagaan kulit yang betul dan pemilihan produk kosmetik yang selamat.

Maka lahirlah Vitamin C Serum by Annona bersama hashtag #CantikTakPerluSuntik dan #RawatKulitCaraBetulDanSelamat.

Syukur kini kami punya Team Annona yang besar yang bersama-sama kami dalam misi ini. Dan saya juga tidak menyangka usaha ini turut mendapat perhatian dari pihak lain. Asbab dari perkongsian demi perkongsian secara aktif di media sosial mengenai misi tersebut, saya turut di angkat menjadi Ikon Kosmetik Kedah pada tahun 2018 alhamdulillah.

Kawan-kawan..

Apa yang saya mahu sampaikan di sini adalah teruskan berkongsi kebaikan walaupun dirimu di cemuh dan di kecam. Hanya kebaikan yang dapat menutup keburukan. Lagi banyak keburukan yang kita nampak, maka lebih banyak lagi lah kebaikan demi kebaikan yang harus kita lakukan.

Andai kita yakin kita berada di pihak yang benar, lama kelamaan yang batil akan terbenam jua.

Moga Allah tidak putus-putus berikan rahmat dan hidayahNya buat kita semua.

Teruskan berjuang!

Ony Nurhusni
#LegasiAnnona


Leave a Reply

Your email address will not be published.