Tak sabar nak habiskan projek Raya. Minggu terakhir sebelum Raya ni kami sambung pula dengan Kempen Raya Gempak Giler sebelum bercuti. Walaupun servis penghantaran dah ditutup kemarin, tapi makin melimpah ruah order-order dari pelanggan. Kami di HQ telah menghantar sebahagian besar order semua pelanggan, agen, RaNia Jr dan RaNia. Namun ujian terbesar kami adalah di pihak courier service pula sekarang. Parcel terperap di gudang, parcel sesat cari jalan pulang tak jumpa, parcel tersilap alamat, barang pecah walaupun dah lekat stiker ‘Fragile’, baby parcel terpisah dari mak dia (bila 1 pelanggan ada banyak kotak, ia di kira baby-baby parcel). Itu belum masuk kes di mana parcelRead More →

Betapa sel-sel otak mak-mak kat rumah ni berhubung. Beginilah suasana rumah tiap² malam suribisnes Annona. Ada yang sampai 60 pelita ABN menghiasi rumah! Ibu peri tengok Terus rasa nak buat #ThePelitaChallenge! Botol serbaguna tu, jangan di buang ya. Sempena sambutan raya bakal tiba tidak lama lagi, sesuai sangat recycle botol tu, kena pulak waktu PKP. Walaupun tak dapat balik kampung, dapat juga hidupkan suasana kampung di bandar kan..? #AlwaysAnnona #AnnonaBirdNestRead More →

Selamat Hari Guru buat semua insan yang membakar diri demi menyampaikan ilmu dan mendidik anak bangsa. Semoga Tuhan membalas jasa kalian berlipat kali ganda dan menganugerahkan kesabaran dan kesejahteraan dalam hidup. #AlwaysAnnona#SelamatHariGuruRead More →

Saya cerita pada Hannah kenapa kita kena baca, dan sayang Al-Quran. Saya cakap pada dia..nanti Al-Quran ini akan teman kita semasa ‘tidur’ dalam kubur. Dalam kubur tu gelap tapi kalau kita selalu baca Al-Quran, dia akan jadi lampu untuk Hannah. Terang dan sangat cantik sekali. Saya tengok Hannah semakin berminat nak dengar cerita. “Kenapa kita kena tidur dulu dalam kubur Mama?”“Hannah nak masuk syurga?” “Nak” “Kita semua kena ‘tidur’ (mati) dulu . Nanti tunggu Allah panggil (bangkitkan) semula semua orang bila sampai masanya (hari Kiamat). Waktu hari Kiamat, semua orang Allah kejut.. nanti Mama, Papa, kakak semua pun bangun.. kita kena line-up (beratur) depan Allah”Read More →

Daripada banyak pengalaman silam dalam perniagaan.. kadang tu saya baru perasan, perkara yang mungkin tak perasan. . Ada waktunya Tuhan sedang memakbulkan doa kita dalam cara yang tidak kita suka atau paling takuti. . Seperti kita minta agar dapat solat lebih khusyuk dan tenang. . Kita minta diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam menjalankan bisnes. . Kita minta diberikan petunjuk atau menghantar orang yang baik-baik kat kita untuk bantu kita. . Namun, Dia buat bisnes kita rugi atau ‘tak jadi’. . Kita pun tertanya-tanya kenapa Allah asyik uji aku macam ni? . Kita mungkin tak nampak selama ini mungkin sebab bisnes itu sendiri yang buat kitaRead More →

2 hari ini saya bertalaqi dengan seorang guru. Beliau membawa kami menelusuri sirah nabi satu persatu. Serta bagaimana meneladani akhlak Rasulullah SAW dalam membina pasukan yang kuat,setia dan jitu. Walaupun baginda di baling batu, di halau dan di marahi, baginda tetap punya pasukan yang setia berdiri teguh di belakang menyokong perjuangan. Saya paling terkesan dengan teknik dan strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum baginda berhijrah ke Madinah. Bagaimana baginda menawan hati penduduk sehingga mereka ternanti-nantikan baginda dan menyambut kedatangan Nabi dengan penuh kegembiran. MasyaAllah.. Semua missing puzzle saya kini bercantum kembali dengan sangat cantik. Jujur.. sebelum ni saya dah ikut belajar kelas overseas,Read More →

Malam ini malam ke-21. Rancang elok-elok amalan. Ganjaran 83 tahun bersamaan 1000 bulan bukan mainan. Kita tak tahu bila kita akan dijemput Tuhan. Mungkin Ramadan ini yang pengakhiran. Jangan sia-siakan.Jom kita buru Lailatul Qadr, kawan. Semoga ini juga menjadi asbab untuk kita terus istiqamah beramal walaupun dah habis Ramadhan nanti. Kita hamba Allah, beribadat kerana Allah, bukan kerana Ramadhan, bukan kerana lailatul qadr. Semoga amal ibadah kita semua diterima oleh Allah. Amin.Read More →

Rezeki akan sampai tidak lambat. Dan tidak lewat. Rezeki akan sampai tepat pada masa dan alamat. Allah tahu bila masanya kita dah bersedia, maka ketika itu Dia akan beri. Contoh kita tak bersedia dengan stok di tangan, tapi customer nak beli barang 100 botol IBN. Lepas tu orang lain pula lagi 200 botol. Hakikatnya kita cuma simpan 50 botol saja. Kenapa simpan banyak tu aje? Sebab alasan sendiri yang cipta. Takut orang tak beli.. takut tak laku.. tak barang tak jalan. Eh.. buang takut takut tu semua,boleh? Usah ada prasangka pada diri. Kasihan diri, tuan punya sendiri yang sabotaj. Besarkan kapasiti mu,ya. Besarlah juga nantiRead More →

Saya masih ingat lagi sekitar tahun 2007 – 2009, dalam masa kami membuat perniagaan farmasi, ketika itu pada masa yang sama saya dan suami turut membuka bisnes perabot dan hiasan dalaman. Bukan itu saja, kami juga turut mempunyai bisnes restoran kami sendiri. Dengar macam wahh.. bestnya.. hebatnya.. Nampak memang best. Tapi hakikatnya hanya sekejap je bertahan. Bisnes perabot dan restoran terpaksa DI TUTUP selepas 2 tahun. Anggaran kerugian bukan kecil. Lebih kurang RM400-500 ribu. Hutang menimbun masa tu. Asyik kena kejar dengan bank dan lembaga. Hidup tak tenang. Inilah akibatnya apabila berniaga sesuka hati dan syok sendiri. Tiada mentor dan ilmu secukupnya. Buka bisnes sebabRead More →

Tak sangka dalam ramai-ramai pelajar tu, ada seorang pelajar yang bernama Aiman, dah mulakan bisnes skincarenya dengan jenamanya sendiri. Bila saya tanya dia sejak bila suka berniaga? “Sejak Tingkatan 3”, jawab Aiman. Ya Allah dikkk… akak dulu masa tingkatan 3 dok sibuk main batu seremban kot! Awak dah mula fikir nak buat bisnes. 😂Salute lah! Memang zaman sudah berubah.Kita tak boleh tunggu peluang untuk datang, kita lah sebenarnya yang perlu cipta peluang untuk datang pada kita. Terasa cepat pula masa berlalu tadi. Walaupun masa yang diberikan kepada saya cuma 1 jam, harapan saya moga perkongsian sebentar tadi dapat menyemarakkan lagi semangat dan keyakinan adik-adik semua untukRead More →