Tak sabar nak habiskan projek Raya. Minggu terakhir sebelum Raya ni kami sambung pula dengan Kempen Raya Gempak Giler sebelum bercuti. Walaupun servis penghantaran dah ditutup kemarin, tapi makin melimpah ruah order-order dari pelanggan. Kami di HQ telah menghantar sebahagian besar order semua pelanggan, agen, RaNia Jr dan RaNia. Namun ujian terbesar kami adalah di pihak courier service pula sekarang. Parcel terperap di gudang, parcel sesat cari jalan pulang tak jumpa, parcel tersilap alamat, barang pecah walaupun dah lekat stiker ‘Fragile’, baby parcel terpisah dari mak dia (bila 1 pelanggan ada banyak kotak, ia di kira baby-baby parcel). Itu belum masuk kes di mana parcelRead More →

Betapa sel-sel otak mak-mak kat rumah ni berhubung. Beginilah suasana rumah tiap² malam suribisnes Annona. Ada yang sampai 60 pelita ABN menghiasi rumah! Ibu peri tengok Terus rasa nak buat #ThePelitaChallenge! Botol serbaguna tu, jangan di buang ya. Sempena sambutan raya bakal tiba tidak lama lagi, sesuai sangat recycle botol tu, kena pulak waktu PKP. Walaupun tak dapat balik kampung, dapat juga hidupkan suasana kampung di bandar kan..? #AlwaysAnnona #AnnonaBirdNestRead More →

Ramai yang tanya saya sebelum ni, boleh tak Vitamin C Serum (VCS) Annona hilangkan parut yang jenis timbul tu? VCS memang boleh hilangkan parut tapi yang jenis rata sahaja. Biasanya parut akibat jerawat, luka atau campak. Namun parut jenis keloid dan hipertropik, ia tak berkesan. Sebab parut jenis ini perlukan produk yang berbeza ya. Ini saya share..salah satu produk ‘top selling’ untuk atasi masalah parut jenis timbul. • Dermatix Advance. Berbeza dengan keluarannya yang pertama iaitu Dermatix, kali ini formula Dermatix® Advance di tambah dengan bahan Ester Vitamin C dengan teknologi CX5. Inovasi ini sudah diuji secara klinikal dan terbukti ia berjaya melembutkan parut yangRead More →

Bila team tanya, yang pink tu dah oos ke? Oos..?Yang kita ni lama memikir.. menatang apa lah oos tu. Serius, masa mula-mula dengar tu dalam fikiran entah kenapa pi terbayang burung ostrich tu pulak. Rupanya baru ku tahu itu maksudnya ‘OUT OF STOCK’. Ye betul, tunggu lepas Raya baru lah sempat burung walet tu nak kait sarang burung dia naaa. Adoi lah anak cucu. Tok peri ni dah tua. Lambat sikit nak tangkap cara gen millenial berkata-kata. #AlwaysAnnona #SiBurungPinkRead More →

Kereta ini sangat dekat di hati saya. Inilah kereta pertama saya sebaik saja tamat housemanship. Siapa yang follow story saya tahu bagaimana keadaan saya dulu. Alhamdulillah sebenarnya ia merupakan hadiah kahwin dari suami, Syah Ismail. Dia belikan untuk saya supaya dapat pergi kerja. Suami pula pakai kereta Wira milik keluarga. Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah sangat mencabar. Kami banyak ikat perut dan kumpul duit. Sebenarnya lepas kahwin, saya menetap bersama keluarga mertua dahulu di Bukit Mertajam. Kami masing-masing masih belum cukup duit masa tu nak duduk rumah sendiri.. Ketika itu, saya dan suami kerja makan gaji dulu dengan orang lain sebelum boleh buka bisnes sendiri. SayaRead More →

Bantuan dari Annona untuk anak-anak di Gaza. Bila Admin dia kirim gambar dari sana, Allah.. terus saya rasa macam jiwa pun ada kat sana juga. 1 pek IFTAR ini cuma rm120 saja. Dalam tu ada makanan kering depa, minyak, beras, teh, tepung etc etc Jom sahabat. Sedekah dan doa dekat waktu nak berbuka ni berkat inshaAllah Untuk info lanjut boleh follow Tuan Nadir Al-Nuri.Beliau merupakan rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza dan berjuang membantu rakyat Gaza. Klik link ini untuk menderma : ramadan4gaza.comRead More →

Alhamdulillah everyday parcel. Sepanjang PKP beginilah keadaannya. Hari ni kotak-kotak keriangan berisi Annona Instant Bird’s Nest, Kurma, Kacang dan VCS dah selamat masuk perut lori CityLink. Terima kasih semua yang grab offer Riang Raya kali ni. InshaAllah mudah-mudahan sempat sampai sebelum Raya (seperti yang pihak courier janjikan). Pakej agen lockdowN pun sampai hujung bulan ni ye. 30 ringgit saja. Lepas ni akan back to normal balik, 800 ringgit. Rugi tak join sekarang! #AlwaysAnnona #PreferredHalalBrand #SuribisnesSuksesRead More →

Selamat Hari Guru buat semua insan yang membakar diri demi menyampaikan ilmu dan mendidik anak bangsa. Semoga Tuhan membalas jasa kalian berlipat kali ganda dan menganugerahkan kesabaran dan kesejahteraan dalam hidup. #AlwaysAnnona#SelamatHariGuruRead More →

Saya cerita pada Hannah kenapa kita kena baca, dan sayang Al-Quran. Saya cakap pada dia..nanti Al-Quran ini akan teman kita semasa ‘tidur’ dalam kubur. Dalam kubur tu gelap tapi kalau kita selalu baca Al-Quran, dia akan jadi lampu untuk Hannah. Terang dan sangat cantik sekali. Saya tengok Hannah semakin berminat nak dengar cerita. “Kenapa kita kena tidur dulu dalam kubur Mama?”“Hannah nak masuk syurga?” “Nak” “Kita semua kena ‘tidur’ (mati) dulu . Nanti tunggu Allah panggil (bangkitkan) semula semua orang bila sampai masanya (hari Kiamat). Waktu hari Kiamat, semua orang Allah kejut.. nanti Mama, Papa, kakak semua pun bangun.. kita kena line-up (beratur) depan Allah”Read More →

Daripada banyak pengalaman silam dalam perniagaan.. kadang tu saya baru perasan, perkara yang mungkin tak perasan. . Ada waktunya Tuhan sedang memakbulkan doa kita dalam cara yang tidak kita suka atau paling takuti. . Seperti kita minta agar dapat solat lebih khusyuk dan tenang. . Kita minta diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam menjalankan bisnes. . Kita minta diberikan petunjuk atau menghantar orang yang baik-baik kat kita untuk bantu kita. . Namun, Dia buat bisnes kita rugi atau ‘tak jadi’. . Kita pun tertanya-tanya kenapa Allah asyik uji aku macam ni? . Kita mungkin tak nampak selama ini mungkin sebab bisnes itu sendiri yang buat kitaRead More →